Meninggal dunia Ahmad_Busu

Pada September 2009, beliau telah diserang angin ahmar dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) .[4]Ahmad Busu yang telah pun meninggal dunia pada 10 November 2013. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.[5] [6] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, selepas di sembahyangkan di Surau An-Na'im di Taman Seri Andalas di sini pada pukul 9.50 pagi. Selain ahli keluarga, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah rakan Allahyarham seperti Datuk Jamali Shahadat, Nash, Datuk Baharuddin Omar, Datuk D J Dave dan Imuda.[7]